Showing posts with label -TIPS DAN INFO-. Show all posts
Showing posts with label -TIPS DAN INFO-. Show all posts

23 June 2012

RAHMAT ALLAH

Salam

Sejak dua menjak ni, kami suami isteri selalu kongsi cerita
Malah kami nangis sama2...
Kami renung balik tentang hidup kami...
Kami sama2 mencari dimana Rahmat yang Allah mahu beri pada kami

Dalam kami ondeway balik umah dari keje
IKIM la pilihan radio kami..
Tiba2 ada tazkirah dari ustaz...
Dan ayat paling menyentuh hatiku adalah
"Jika ditimpa kesusahan, ingatlah bahawa Rahmat Allah sedang menanti di masa hadapan"

Ya Allah...terus besar semangat ku dengar kata2 ustaz ni
Syu kembali yakin dan ingin terus yakin dengan rahmat Allah...
Allah Maha Mengetahui segalanya...=)
Itulah kata orang, walaupun hanya sedikit tazkirah, tapi ianya bermakna
Besar pahala ustaz tu kerana menyampaikan benda2 yang baik..

Sama-samalah kita mengingati Allah
Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...I'Allah



Salam...



18 February 2010

ERTI TANGISAN BAYI



Salam...kali ni nk share tentang "TANGISAN BAYI"..heheh

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya

a)
Tangisan "Aku ingin menyusu":

Bayi akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Dia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya.Cara mengatasinya, susui dia hingga kenyang.



b) Tangisan "Lampinku basah":

Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Juga boleh memperhatikan bahawa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya.Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.



c) Tangisan "Badanku sakit"

Semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah (tersedu2) pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Cara atasi, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika dia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa pengetahuan anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.



d) Tangisan "Aku bosan"

Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Cara atasinya, ganti aktivitinya. Misalnya, temani dia bermain, menyanyi, membacakan cerita, berzikir atau boleh juga bawa jalan-jalan.



e) Tangisan "Minta dukung"

Bayi anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Cara atasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.



f) Tangisan "Kesepian" :

Bayi anda senang bergaul.Dia ingin anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan dia tengah sedih atau marah. Cara atasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai dia tenang. Jika anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah dia sampai tenang, kemudian teruskan pekerjaan anda bersamanya di sisi anda.


...hehehehe....happynye aku...


SUMBER:
"Your Child's Body Language",
Dr. Richard Woolfson





15 October 2009

LIST OF HUMAN EMOTIONS


There is a huge list of human emotions that we are capable of experiencing. However often times we only experience a very limited number of emotions. It is always the same few ; happiness, anger, love, confidence, anxiety, stress, relaxed. Ask people what emotions do they experience in a week and they’ll invariably say those common emotions.

The more type of emotions we feel, the more colorful our life experience will be. It is not that we can’t experience a wide array of emotions, rather it is because we often label different emotions into a common group like happy or sad that we forget to experience that emotion for what it is.


Take happy. There is happy, ecstatic, cheerful, relax, exited, exhilarated etc. All those emotions are unique in their own way but we usually label it as happy. By doing that we unintentionally take away it’s characteristics and thus take away our experience.


Below is a list of human emotions to remind you of the emotions that we humans are capable of experiencing. I have included both positive and negative emotions. Experience as much positive emotions as you can.


Ok so here is the list:

Adequate Awe Assured Able
Capable Certain Charmed Cheerful
Comfortable Compassion Courageous Confidence
Determined Delighted Eager Energetic
Enthusiastic Excited Exhilarated Expectant
Elation Empathy Excellent Fascinated
Glad Good Great Grateful
Glorious Glamorous Graceful Happy
Hopeful Humorous Inspired Interested
Joyful Magnificent Lust Love
Pleasure Playfulness Peaceful Pleasant
Powerful Pride Positive Relaxed
Relieved Satisfied Surprised Sympathy
Stable Sublime Superior Thrilled

At the same time, notice that sometimes your negative emotions may not be as intense as you think. It depends on how we label the emotion. Perhaps you are not angry, rather just irritated. Or not disappointed but just frustrated.

Negative human emotions

Annoyed Anxious Apprehensive Agonize
Anger Anxiety Apathy Bored
Burdened Cautious Competitive Concerned
Confused Contempt Depressed Destructive
Disgusted Distracted Doubtful Disappointed
Exasperated Exhausted Embarrassment Envy
Frustrated Fear Guilty Greed
Grief Harassed Hesitant Hostile
Ignored Impatient Indifferent Intimidated
Isolated Irritated Jealous Jumpy
Lonely Mad Manipulated Miserable
Obnoxious Overwhelmed Panic Pressured
Remorse Revenge Shame Sad
Scared Shocked Suspicious Stress
Tired Uncomfortable Uneasy Used
Wary Weary Wasteful


Final thoughts….

Always remember that there are so many types of emotions out there. Come back to this list of human emotions frequently and check how many did you experience. A life rich with emotions is a rich life.

Now go out there and enjoy every experience you have...=)

Reference:Self Improvement Mentor (S.I.M)


...Jumpa lagi..insyaAllah...=)

23 September 2009

PENGERTIAN SYAWAL

Assalamualaikum..

Bertemu sekali lagi selepas baru sahaja kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya, tidak terlewat untuk syu ucapkan salam aidilfitri kepada semua. Maaflah, sekian lamanya raya, baru hari ini syu update blog ini. Pada kali ini, syu ingin coretkan tulisan syu dengan coretan mengenai Aidilfitri. Syu ingin berkongsi serba sedikit mengenai Aidilfitri khas untuk diri syu dan sahabat semua..=)

Jika direnungi maksud 'Aidilfitri' itu sendiri, 'aidil' bermaksud hari raya, manakala 'fitri' itu merujuk kepada fitrah yakni kecenderungan sebenar insan yang terarah kepada perkara kebaikan dan kebenaran, dan bebas daripada dosa dan hawa nafsu.

Justeru Aidilfitri itu merupakan satu perayaan yang kita sambut bersempena kembalinya kita mencapai fitrah insan melalui tarbiah Ramadan. Aidilfitri ialah satu permulaan baru untuk kita, dan insya-Allah diri kita kembali bersih suci zahir dan batin, ibarat kain putih yang bersih dan suci, yang bakal dicorakkan kembali seadanya. Dengan kembalinya kita kepada fitrah bersempena Aidilfitri ini, masanya juga amat bersesuaian untuk kita menanamkan azam baru untuk meningkatkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim.

Marilah kita bersama-sama berdoa, agar kita semua akan dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. Syu sendiri berasa sedih apabila meninggalkan Ramadahan yang lalu. Sedih..Sedih kerana takut..takut jika tiada lagi kesempatan untuk syu dan keluarga untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang..=( Ramadhan merupakan nikmat bagi kami sekeluarga..Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala-galanya..Wallahualam..