23 September 2009

PENGERTIAN SYAWAL

Assalamualaikum..

Bertemu sekali lagi selepas baru sahaja kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya, tidak terlewat untuk syu ucapkan salam aidilfitri kepada semua. Maaflah, sekian lamanya raya, baru hari ini syu update blog ini. Pada kali ini, syu ingin coretkan tulisan syu dengan coretan mengenai Aidilfitri. Syu ingin berkongsi serba sedikit mengenai Aidilfitri khas untuk diri syu dan sahabat semua..=)

Jika direnungi maksud 'Aidilfitri' itu sendiri, 'aidil' bermaksud hari raya, manakala 'fitri' itu merujuk kepada fitrah yakni kecenderungan sebenar insan yang terarah kepada perkara kebaikan dan kebenaran, dan bebas daripada dosa dan hawa nafsu.

Justeru Aidilfitri itu merupakan satu perayaan yang kita sambut bersempena kembalinya kita mencapai fitrah insan melalui tarbiah Ramadan. Aidilfitri ialah satu permulaan baru untuk kita, dan insya-Allah diri kita kembali bersih suci zahir dan batin, ibarat kain putih yang bersih dan suci, yang bakal dicorakkan kembali seadanya. Dengan kembalinya kita kepada fitrah bersempena Aidilfitri ini, masanya juga amat bersesuaian untuk kita menanamkan azam baru untuk meningkatkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim.

Marilah kita bersama-sama berdoa, agar kita semua akan dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. Syu sendiri berasa sedih apabila meninggalkan Ramadahan yang lalu. Sedih..Sedih kerana takut..takut jika tiada lagi kesempatan untuk syu dan keluarga untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang..=( Ramadhan merupakan nikmat bagi kami sekeluarga..Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala-galanya..Wallahualam..



No comments:

Post a Comment