17 September 2009

CERAMAH DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN KPPK

Assalamualaikum semua..


Pada 11 September 2009 yang lalu, office syu, KPPK, wat majlis cerama "Mukjizat al-Quran" dengan majlis khatam al-Quran. Mulanya syu sedih, sebab tak dapat pergi majlis tu, yela syu salah seorang peserta tadarus..=(..syu kn pergi mesyuarat MBJ Pihak Pekerja(Majlis Bersama Jabatan).


Syu dapat memo dari En.Azmi utk hadir ke mesyuarat tu. Setiap kali nk pergi meting, kenA tanya my Big Boss, Puan Rosela dulu. Tanya punya tanya, puan kata, syu tak payah hadir, sebab syu sebagai urusetia, tak payah hadir..Masa tu, alhamulillah sangat..Allah makbulkan doa syu untuk hadir majlis tu..hehe..em, syu pun maklumkan la pada Ustaz Hazman (suka sakitkan hati syu..n suka cari gaduh..hehe)..em, nak tau tak jawapan ustaz ape?Ha...bagus2..ko jadi MC taw syuhada..Syu pun trima la seadanya. Sekurang-kurangnya, dapat jugak kumpul lagi pengalaman.

Kali ni, masuk kali ketiga syu jadi MC, alhamhadulillah sangat, kali ni, syu tak berapa menggigil dan berdebar. Debar2 biasa tu adalah jugak. Cuma, betul cakap orang, pengalaman tu akan mematangkan kita..=)..Mungkin masa syu jadi MC dua kali tu, syu dah belajar membiasakan diri syu untuk berhadapan dengan orang. Mana taknya sahabat-sahabat semua, semua tu ramai orang-orang yang pangkat tinggi, ramai staff tetap, ramai PTD2 yang lebih layak dari syu.

Tapi syu ambil semua ni sebagai sesuatu yang positif, Ustaz telah bagi syu ruang untuk mematangkan diri dan meningkatkan keyakinan diri syu. Terima kasih Ustaz!!!!..Syu pon sahut la cabaran ni....syu tak prepare apa-apa pun untuk jadi MC, juzt print teks yang lama. Itu pun, masa first jadi MC, mintak Kak Hajar teks dia..thanks kak hajar!!!..ramlah dan kak hajar pun banyak tolong syu bab-bab sediakan pantun..hehe..

Malam Jumaat tu pulak, syu gi buka dengan Suriani. Buka kat mines. So, tak dapat la nak prepare teks MC..hehe..Malam tu, syu tido awal, bangun je, trus buat teks, then sambung dalam bus..(pakcik bus pulak tutup lampu dalam bus, gelap sikit laaaa..hehe). Nak di jadikan cerita, jalan pulak sesak time tu..syu ni kan jenis menggelabar sikit. Kelam kabut dibuatnya, yela, tak taip lagi teksnya.....

Sampai je dah pukul 755, lari la masuk bilik. Taip laju2..hehe..mintak tolong kak aza bacakan apa yang syu dah draf dalam bus td..hehe.. Thanks kak aza.. Nasib sebelum balik semalamnya sempat cari pantun dalan Google. Masa tu keadaan dalam office bising sikit, yela, nak prepare majlis. Syu pulak sibuk cari ustaz ngan ustazah nak tau lagi maklumat tentang majlis tu..hehe..Alhamdulillah, my officemate semua bagi sokongan. Syukur sangat dapat officemate macam ni. Caring sangat. Dah siap taip n print, syu pun turunla. Syu pakai blazer kak aza..hehe..

Majlis pun berlangsung. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tambah lagi dengan kehadiran Ustaz Ahmad Shukri (yang selalu masuk TV tu, Halaqah). Em, sesi khatam al-Quran pun berjalan dengan lancar. Sebahagian peserta tadarus, dipanggil untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dari Surah Ad-Dhuha sehingga Al-Masad.

Yang gelinya, si Kamarul tu over..hehe..masa baca siap letak tangan kat telinga (macam qari la tu konon2)..hehe..masa bukan turn dia pun dia sibuk wat tangan tu sambil pandang kami-kami (budak-budak PSM) ni ha yang kat bawah..hehe..alhamdulillah, syu rasa ini yang the best pernah syu jadi MC (pada pandangan syu la, orang lain tak tahu la pula)..hehe..Tambah lagi, jadi MC majlis-majlis Agama. Alhamdulillah..=)

Segalanya sudah berakhir, happy sangat. Peluang sebegini untuk jadi peserta tadarus susah nak dapat. Seronok sangat kerja kat PSM, macam-macam dapat belajar. Apa-apa pun, terima kasih untuk semua yang terlibat, terutama Ahli AKRAM, KPPK. Dapatla kami telekung seorang satu.
Selesai sudah majlis, maka dengan itu, khatam la kami.

Ni la antara gambar-gambar masa majlis..

...Sewaktu mengacarakan majlis...

...Ustaz Ahmad Shukri menyampaikan ceramahnya...

...Para peserta tadarus al-Quran, KPPK..


...Semasa tadarus alQuran..

...Konon laaa..padahal dah habis khatam time ni..hehe..


Semoga berjumpa lagi..insyaAllah..=)



Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar

Surah al-Isra':9




No comments:

Post a Comment