24 September 2009

PERTOLONGAN YANG DAPAT DIBERIKAN SELEPAS KEMATIAN IBU BAPA



Telah datang seorang lelaki dari Bani Salmah kepada Rasulullah s.a.w seraya bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w apakah masih ada peluang bagi anak untuk berbuat baik kepada kedua ibubapanya selepas mereka meninggal dunia?. Maka Rasulullah s.a.w menjawab Ya ! iaitu dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Menyembahyangkan mereka ( Solat Jenazah ).

* Selalu memohon keampunan untuk mereka dengan Allah s.w.t.

* Melaksanakan janji-janji mereka yang telah mereka berjanji sebelum meninggal.

* Menyambung silaturrahim dengan orang-orang yang pernah berhubung dengan
mereka semasa masih hidup.


* Memuliakan kawan-kawan mereka.

Oleh itu wahai para sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama mengejar pahala dengan membahagiakan kedua ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa. Sentiasalah memberi yang terbaik untuk mereka. Janganlah sesekali kita terlepas untuk mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah kita. Pada yang telah kehilangan ibu atau bapa, teruskan berdoa agar kita sekeluarga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akahirat..Amin..InsyaAllah, nasihat ini bukan sahaja untuk sahabat sekalian, tetapi untuk diri syu juga. Semoga Allah perkenankan doa-doa kita.



Rujukan:saidi

No comments:

Post a Comment