16 September 2009

DAPAT KERJA



Salam semua..ketemu lagi..hehe
Em...sihat semua?..kali ni syu nak kongsi cerita mengenai kerja syu..hehe
Alhamdulillah, tanggal 1 Jun 2009 yang lalu, syu lapor diri di
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)

Syu syukur sangat rezeki syu dapat kerja cepat
Memang impian dan 'target' syu untuk dapat kerja sebelum grad
Alhamdulillah..
Syu dilantik dibawah Contract For Service atau dalam bahasa Melayu nya
Skim Perkhidmatan Singkat (SPS)
Syu akan berkhidmat di KPPK ini selama setahun setengah
Selepas tempoh tersebut, insyaAllah kalau ada rezeki dan peruntukan akan disambungkan kontrak tersebut.

Syu terima kerja ni dengan niat syu ingin ambil peluang ni
untuk cari pengalaman dan kemahiran
Syu nak jadi seorang INSAN yang serba boleh
Syu tak nak orang hanya memandang syu dari segi akademik sahaja
Syu nak jadi orang yang cemerlang dari pelbagai sudut atau dimensi
Walaupun taraf kerja ini hanyalah kontrak, tetapi
this is the right time for me
untuk capai matlamat syu

InsyaAllah, still mencari kerja tetap lagi dan akan terus mencari
Biasalah wahai sahabat semua, bukan mudah untuk kita mendapat peluang pekerjaan ketika ini
Nasihat saya pada kawan-kawan,
cari lah kerja, walau apa pun taraf dan kedudukannya
Jika kita mula dari bawah pun, dah alhamdulillah

Kutip segala pengalaman
Kerana, untuk berjaya dalam hidup ini hanyalah melalui pengalaman
Jangan putus asa untuk mencari kerja yeh wahai sahabat-sahabat
InsyaAllah, jika kita mencuba dan terus mencuba
Allah akan beri ganjarannya.
Jumpa lagi...insyaAllah..=)

"Kegagalan adalah awal dari kehormatan; dengan kegagalan manusia belajar; dengan kegagalan manusia bangkit; dengan kegagalan manusia tidak ingin hidupnya Di biarkan Terus dengan kegagalan itu . "

No comments:

Post a Comment