15 September 2009

SUKA DAN DUKA

Assalamualaikum semuaa..

Walaupun syu sudah agak terlambat untuk menulis mengenai perkara ini, tapi syu tetap jugak ingin berkongsi dengan semua. Bukan niat ingin berlagak mahupun riak. Hanya ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat semua.

Syukur alhamdulillah, setelah dua minggu tamat belajar, selepas selesai sahaja menduduki kertas peperiksaan yang akhir, syu dilamar oleh Dr. Iran Herman, Pensyarah Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia untuk bekerja dengannya. Walaupun hanya sekadar menjadi data enterer, syu bersyukur sangat. Kerana, dengan melalui itulah, syu dapat mengutip segala ilmu, tak kisah lah secara akademik mahupun tidak. Selain itu, dapat la jugak pendapatan untuk memulakan hidup baru,hidup dewasa awal yang perlu menempuh alam pekerjaan sebenar.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Iran Herman kerana memberi peluang ni kepada syu. Terima kasih jugak kepada Ema, Pura dan Madihah kerana sudi menumpangkan syu bermalam di rumah you guys untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Iran.

Selang 2 minggu kemudiannya, syu mendapat panggilan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Kakitangan di KPPK telah menawarkan syu bekerja secara kontrak dengan mereka di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) atau disebut sebagai "Contract For Service" . Syu mendapat panggilan tersebut sekitar jam 1030 pagi. Syu hairan kerana ketika itu, syu agak binggung kerana, tidak silap syu, syu pergi interview adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, tapi yang call syu kementerian lain pula..hehe..

Itulah yang dinamakan rezeki. Gaji yang dibayar KPPK juga melebihi apa yang syu bayangkan, sebab syu memang dah tekad dalam diri syu hendak mula bekerja dari bawah. Walaupun akan ditawarkan sebagai kerani, tidak kisahlah swasta mahupun kerajaan, syu akan terima untuk mengutip segala pengalaman dan kemahiran. Tapi alhamdulillah, berkat doa dan rezeki Allah beri, syu ditawarkan jawatan pegawai di KPPK. Terima kasih diucapkan kepada KPPK kerana beri peluang kepada syu untuk belajar. Dan terima kasih juga kepada Sapura, Emma dan Madihah kerana menghantar resume syu.

Syu juga nak ucapkan tahniah kepada Akma Gorgeous kerana dapat kerja di bawah KPM..hehe..memang rezeki akma dapat job tu..dan terima kasih sekali lagi kepada Akma kerana banyak tolong syu, hantar dan ambik waktu bekerja dan sudi berkongsi dengan segala masalah yang syu hadapi. Jasa akma dan ani untuk menumpangkan syu ketika dalam kesusahan amat syu hargai..=)..

Terlalu banyak kesusahan dan keperitan yang syu alami untuk syu bekerja. Terdetik di hati syu, syu takut dengan rezeki yang Allah beri. Kadang-kadang syu terfikir, "Ya Allah, begitu senang aku dapat kerja ni, tanpa melalui interview, aku takut ya Allah, takut dengan nikmat yang Kau turunkan ini"..Syu percaya pada 2 perkara, pertama, jika kita mudah untuk dapatkan sesuatu perkara, maka ada sesuatu yang Allah ingin uji pada kita. Kedua, sepanjang kita menerima nikmat yang Allah beri itu, akan wujud kesusahan dan kepayahan.

Ya, memang benar semua itu, Allah sedang menguji kekuatan syu. Banyak perkara yang terjadi sepanjang minggu awal syu berkhidmat di KPPK. Tapi syu bersyukur, syu telah jumpa ketenangan syu. Syu bersyukur sangat2 kerana mendapat officemate yang memahami diri syu. Syu berasa tenang dengan kehidupan syu sekarang, kerana tinggal bersama keluarga. Sekurang-kurangnya syu dapat melihat ahli keluarga syu di depan mata syu, terutama kedua ibu ayah syu. Syu seorang yang amat sensitif apabila bercakap mengenai ahli keluarga, ini pun nak meleleh dh..hehe..

Dengan adanya syu di dalam rumah keluarga syu, syu cuba dan sentiasa cuba untuk menjadi anak yang baik. Syu nak balas semua jasa-jasa ibu ayah dan kakak-kakak syu yang banyak membantu syu sepanjang syu belajar. Syu tekad dalam diri untuk cepat kerja dan nak ambil alih segala bebanan keluarga. Syu bantu ikut yang terdaya. mana syu boleh bantu, syu akan cuba. Syu sentiasa idamkan saat-saat begini, iaitu sudah bekerja, dan spend money for my family. Alhamdullillah syu dah dapat, dan sekarang tugas syu untuk puaskan apa yang syu idamkan tu.

Ibu, ayah, ayon, kak ngan, fifi, dirah dan nabila..adik cuba untuk bantu family kita yeh..Masa ni lah adik nak tebus segala kepenatan dan kepayahan korang dulu..=(

Apa-apa pun, syukur kepada Allah kerana memberi petunjuk kepada syu dalam segala hal terutama dalam membuat keputusan. InsyaAllah syu cuba untuk menjadi lebih kuat untuk masa yang akan datang..AMIN..=)

Jumpa lagi..insyaAllah..



No comments:

Post a Comment