07 December 2009

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Assalamualaikum....
Dah lame tak tulis kat blog ni rasanya...
Rindu sangat nk tulis2..
Setelah dua bulan lamanya...ehmm..

Ni kebetulan tengah takde kerja..
Boleh la cerita-cerita apa2 yang patut..hehe

Kali ni syu nk share mengenai
"Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Agensi di bawah KPPK"
Syu dan dua orang kakak2 PSM mewakili
permainan 'batu seremban' (tak igt la tarikh bile...dh lm sgt..hehe)
Berdebar jugak mula2 tu..hehe

Tapi alhamdulillah..
Kami berjaya mendapat tempat kedua...
Yahooooooooooo...
hehehe...
Padahal tak la teror mane pon..huhu
Tapi dua tiga hari sebelum tu dh berlatih dh..hehehe..
Kami dapat la hadiah..(gambar di bawah)..

Dua lagi permainan iaitu congkak dan teng teng
Tewas di tangan Agensi lain..huhu
Tapi takpe...kami happy sgt dapat join...
Dapat jugak kengan dengan warga KPPK..

Oklah....semoga jumpa lagi...
InsyaAllah...


...Pasukan 'Batu Seremban'...
...Kak Ain & Kak Ya...


...with Kak Ifa (wakil congkak), Azie (wakil congkak),
Kak Salma (wakil congkak)
dan Kak Lin (wakil teng teng)...


....ni la hadiahnya...=)...


....Rakan seperjuangan...

15 October 2009

-JANGAN KAU UCAP SELAMAT TINGGAL-

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

( korus )
Jangan diucap elamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

LIST OF HUMAN EMOTIONS


There is a huge list of human emotions that we are capable of experiencing. However often times we only experience a very limited number of emotions. It is always the same few ; happiness, anger, love, confidence, anxiety, stress, relaxed. Ask people what emotions do they experience in a week and they’ll invariably say those common emotions.

The more type of emotions we feel, the more colorful our life experience will be. It is not that we can’t experience a wide array of emotions, rather it is because we often label different emotions into a common group like happy or sad that we forget to experience that emotion for what it is.


Take happy. There is happy, ecstatic, cheerful, relax, exited, exhilarated etc. All those emotions are unique in their own way but we usually label it as happy. By doing that we unintentionally take away it’s characteristics and thus take away our experience.


Below is a list of human emotions to remind you of the emotions that we humans are capable of experiencing. I have included both positive and negative emotions. Experience as much positive emotions as you can.


Ok so here is the list:

Adequate Awe Assured Able
Capable Certain Charmed Cheerful
Comfortable Compassion Courageous Confidence
Determined Delighted Eager Energetic
Enthusiastic Excited Exhilarated Expectant
Elation Empathy Excellent Fascinated
Glad Good Great Grateful
Glorious Glamorous Graceful Happy
Hopeful Humorous Inspired Interested
Joyful Magnificent Lust Love
Pleasure Playfulness Peaceful Pleasant
Powerful Pride Positive Relaxed
Relieved Satisfied Surprised Sympathy
Stable Sublime Superior Thrilled

At the same time, notice that sometimes your negative emotions may not be as intense as you think. It depends on how we label the emotion. Perhaps you are not angry, rather just irritated. Or not disappointed but just frustrated.

Negative human emotions

Annoyed Anxious Apprehensive Agonize
Anger Anxiety Apathy Bored
Burdened Cautious Competitive Concerned
Confused Contempt Depressed Destructive
Disgusted Distracted Doubtful Disappointed
Exasperated Exhausted Embarrassment Envy
Frustrated Fear Guilty Greed
Grief Harassed Hesitant Hostile
Ignored Impatient Indifferent Intimidated
Isolated Irritated Jealous Jumpy
Lonely Mad Manipulated Miserable
Obnoxious Overwhelmed Panic Pressured
Remorse Revenge Shame Sad
Scared Shocked Suspicious Stress
Tired Uncomfortable Uneasy Used
Wary Weary Wasteful


Final thoughts….

Always remember that there are so many types of emotions out there. Come back to this list of human emotions frequently and check how many did you experience. A life rich with emotions is a rich life.

Now go out there and enjoy every experience you have...=)

Reference:Self Improvement Mentor (S.I.M)


...Jumpa lagi..insyaAllah...=)

12 October 2009

TAZKIRAH - HAKIKAT PENYAKIT RIAK

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

picture1.jpg

Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini saya akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang di berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab
dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi
sebab-sebab yang
boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk
kelebihan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada
permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus
sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam.


Rujukan:Ustaz Hazman Che Mohammed (KPPK)

02 October 2009

PERTANDINGAN KUIZ NUR ISLAM 2009 KPPK


SALAM..
Tahniah syu ucapkan kepada Kak ya, Kamarul dan Kak Asmah
kerana berjaya mendapat NAIB JOHAN..
PERTANDINGAN KUIZ NUR ISLAM KPPK 2009
It's ok, naib johan pun takpe..
Itu pun dah menghappykan warga PSM..=)

Apa yang penting, ilmu yang u all study tu
Amat2 berguna dan sedikit sebanyak
akan dapat tambah lagi ilmu dan amal kita..
Tahniah sekali lagi diucapkan buat kalian semua..

Jumpa lagi, InsyaAllah...=)

30 September 2009

MAJLIS HARI RAYA PSM DAN PERPISAHAN AZARIZA


Salam semua..
Dah lama syu tak post..
em..sihat?..syu je tak berapa sihat..
Semalam (30 Oktober 2009)
Ada majlis raya ngan perpisahan kak aza..
Untuk pengetahuan semua,kak aza dapat job baru..tetap
kat Jabatan Perangkaan..

Sebenarnya, semalam baru syu masuk office
Syu demam dah 3 hari..
Semalam la baru datang, blur kejap bile tgk kerja2 yang ada..hehe
Alhamdulillah, dah baca doa sikit, dah tenang cikit, baru
boleh buat kerja..

Emm..best jugak makan-makan kat office semalam
Antara menunya :

  • Kuah lontong
  • nasi impit
  • kuah kacang
  • rendang ayam
  • air asam boi (kot)..hehe
  • macam-macam lagi laa...yang penting, kuih raya BAAANYYYAAAKKK.
Tapi, syu nak mintak maaf kat semua officemate
Jika syu tak berapa ceria..
Syu tak sihat sangat..
Makan pun tak rasa pape..=(
Tu pon kene paksa ngan kak aza untuk makan..
Terima kasih untuk semua yang buat persiapan untuk majlis ni..

Eh..
Sebelum terlambat,..
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kak aza..
=)
Semoga dengan kehidupan baru ni, akan lebih diberkati oleh Allah
AMIN..


InsyaAllah, jumpa lagi..=)

...Bacaan doa oleh Ustaz Hazman...

...Hadiah untuk kak aza..hadiah kawin vs hadiah perpisahan..

...Penyeri-penyeri PSM..mane syu?hehe..

...syu dan kak aza...


"Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

24 September 2009

PERTOLONGAN YANG DAPAT DIBERIKAN SELEPAS KEMATIAN IBU BAPA



Telah datang seorang lelaki dari Bani Salmah kepada Rasulullah s.a.w seraya bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w apakah masih ada peluang bagi anak untuk berbuat baik kepada kedua ibubapanya selepas mereka meninggal dunia?. Maka Rasulullah s.a.w menjawab Ya ! iaitu dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Menyembahyangkan mereka ( Solat Jenazah ).

* Selalu memohon keampunan untuk mereka dengan Allah s.w.t.

* Melaksanakan janji-janji mereka yang telah mereka berjanji sebelum meninggal.

* Menyambung silaturrahim dengan orang-orang yang pernah berhubung dengan
mereka semasa masih hidup.


* Memuliakan kawan-kawan mereka.

Oleh itu wahai para sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama mengejar pahala dengan membahagiakan kedua ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa. Sentiasalah memberi yang terbaik untuk mereka. Janganlah sesekali kita terlepas untuk mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah kita. Pada yang telah kehilangan ibu atau bapa, teruskan berdoa agar kita sekeluarga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akahirat..Amin..InsyaAllah, nasihat ini bukan sahaja untuk sahabat sekalian, tetapi untuk diri syu juga. Semoga Allah perkenankan doa-doa kita.



Rujukan:saidi

23 September 2009

PENGERTIAN SYAWAL

Assalamualaikum..

Bertemu sekali lagi selepas baru sahaja kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya, tidak terlewat untuk syu ucapkan salam aidilfitri kepada semua. Maaflah, sekian lamanya raya, baru hari ini syu update blog ini. Pada kali ini, syu ingin coretkan tulisan syu dengan coretan mengenai Aidilfitri. Syu ingin berkongsi serba sedikit mengenai Aidilfitri khas untuk diri syu dan sahabat semua..=)

Jika direnungi maksud 'Aidilfitri' itu sendiri, 'aidil' bermaksud hari raya, manakala 'fitri' itu merujuk kepada fitrah yakni kecenderungan sebenar insan yang terarah kepada perkara kebaikan dan kebenaran, dan bebas daripada dosa dan hawa nafsu.

Justeru Aidilfitri itu merupakan satu perayaan yang kita sambut bersempena kembalinya kita mencapai fitrah insan melalui tarbiah Ramadan. Aidilfitri ialah satu permulaan baru untuk kita, dan insya-Allah diri kita kembali bersih suci zahir dan batin, ibarat kain putih yang bersih dan suci, yang bakal dicorakkan kembali seadanya. Dengan kembalinya kita kepada fitrah bersempena Aidilfitri ini, masanya juga amat bersesuaian untuk kita menanamkan azam baru untuk meningkatkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim.

Marilah kita bersama-sama berdoa, agar kita semua akan dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang. Syu sendiri berasa sedih apabila meninggalkan Ramadahan yang lalu. Sedih..Sedih kerana takut..takut jika tiada lagi kesempatan untuk syu dan keluarga untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang..=( Ramadhan merupakan nikmat bagi kami sekeluarga..Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala-galanya..Wallahualam..



17 September 2009

SALAM-SALAM RAYA

SALAM..
Semalam (17 September 2009), kami satu opis
kepala giler2..hehe
Yela, dah tak ramai orang dan kerja sume dah habis
pastu petang kami dah start salam-salam
yela, ramai dah nak start cuti esoknya..

Sedih jugak, masa salam tu
sempat salam cik huda, cik aida, kak ya
n lain-lain..
Syu mohon maaf di atas segala salah silap syu
Semoga raya kali ini kita mendapat keberkatan dari Allah
dan syu doakan agar kita semua dipanjangkan umur
supaya dapat berjumpa lagi untuk Syawal akan datag
Amin..

BUKA PUASA DENGAN BUDAK REBANA

Salam..
ehmm..hari selasa (15 September 2009) yang lalu
syu pergi buka puasa dengan budak-budak rebana kat bangi
emm...pada siapa yang tak tahu,
masa syu masih lagi belajar di UKM
syu aktif Kelab Rebana Ubi..

Syu rapat dengan budak2 tu..
mereka selalu menghappykan syu
Lan, Ijat, Raf, Jep, Abg Bob, Abg Kemal
Iza, Syila, Zahid, Nas, Hasni, Sue, Kak Chik..
Bila bersama dengan dorang je, rasa happy je..

Emm..tapi masa buka puasa selasa lepas,
hanya ada lan, ijat, raf, iza,
syila, zahid DAN abg ipin je..
sedih jgk tak ramai
tapi tu pun nak menggembirakan syu..=)

Sayang dorang sgt2..
Hope hubungan kita tak kan terputus walaupun korang nak grad dah...
InsyaAllah


p/s: Gambar tak upload lagi..tunggguuu...hehe

CERAMAH DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN KPPK

Assalamualaikum semua..


Pada 11 September 2009 yang lalu, office syu, KPPK, wat majlis cerama "Mukjizat al-Quran" dengan majlis khatam al-Quran. Mulanya syu sedih, sebab tak dapat pergi majlis tu, yela syu salah seorang peserta tadarus..=(..syu kn pergi mesyuarat MBJ Pihak Pekerja(Majlis Bersama Jabatan).


Syu dapat memo dari En.Azmi utk hadir ke mesyuarat tu. Setiap kali nk pergi meting, kenA tanya my Big Boss, Puan Rosela dulu. Tanya punya tanya, puan kata, syu tak payah hadir, sebab syu sebagai urusetia, tak payah hadir..Masa tu, alhamulillah sangat..Allah makbulkan doa syu untuk hadir majlis tu..hehe..em, syu pun maklumkan la pada Ustaz Hazman (suka sakitkan hati syu..n suka cari gaduh..hehe)..em, nak tau tak jawapan ustaz ape?Ha...bagus2..ko jadi MC taw syuhada..Syu pun trima la seadanya. Sekurang-kurangnya, dapat jugak kumpul lagi pengalaman.

Kali ni, masuk kali ketiga syu jadi MC, alhamhadulillah sangat, kali ni, syu tak berapa menggigil dan berdebar. Debar2 biasa tu adalah jugak. Cuma, betul cakap orang, pengalaman tu akan mematangkan kita..=)..Mungkin masa syu jadi MC dua kali tu, syu dah belajar membiasakan diri syu untuk berhadapan dengan orang. Mana taknya sahabat-sahabat semua, semua tu ramai orang-orang yang pangkat tinggi, ramai staff tetap, ramai PTD2 yang lebih layak dari syu.

Tapi syu ambil semua ni sebagai sesuatu yang positif, Ustaz telah bagi syu ruang untuk mematangkan diri dan meningkatkan keyakinan diri syu. Terima kasih Ustaz!!!!..Syu pon sahut la cabaran ni....syu tak prepare apa-apa pun untuk jadi MC, juzt print teks yang lama. Itu pun, masa first jadi MC, mintak Kak Hajar teks dia..thanks kak hajar!!!..ramlah dan kak hajar pun banyak tolong syu bab-bab sediakan pantun..hehe..

Malam Jumaat tu pulak, syu gi buka dengan Suriani. Buka kat mines. So, tak dapat la nak prepare teks MC..hehe..Malam tu, syu tido awal, bangun je, trus buat teks, then sambung dalam bus..(pakcik bus pulak tutup lampu dalam bus, gelap sikit laaaa..hehe). Nak di jadikan cerita, jalan pulak sesak time tu..syu ni kan jenis menggelabar sikit. Kelam kabut dibuatnya, yela, tak taip lagi teksnya.....

Sampai je dah pukul 755, lari la masuk bilik. Taip laju2..hehe..mintak tolong kak aza bacakan apa yang syu dah draf dalam bus td..hehe.. Thanks kak aza.. Nasib sebelum balik semalamnya sempat cari pantun dalan Google. Masa tu keadaan dalam office bising sikit, yela, nak prepare majlis. Syu pulak sibuk cari ustaz ngan ustazah nak tau lagi maklumat tentang majlis tu..hehe..Alhamdulillah, my officemate semua bagi sokongan. Syukur sangat dapat officemate macam ni. Caring sangat. Dah siap taip n print, syu pun turunla. Syu pakai blazer kak aza..hehe..

Majlis pun berlangsung. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tambah lagi dengan kehadiran Ustaz Ahmad Shukri (yang selalu masuk TV tu, Halaqah). Em, sesi khatam al-Quran pun berjalan dengan lancar. Sebahagian peserta tadarus, dipanggil untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dari Surah Ad-Dhuha sehingga Al-Masad.

Yang gelinya, si Kamarul tu over..hehe..masa baca siap letak tangan kat telinga (macam qari la tu konon2)..hehe..masa bukan turn dia pun dia sibuk wat tangan tu sambil pandang kami-kami (budak-budak PSM) ni ha yang kat bawah..hehe..alhamdulillah, syu rasa ini yang the best pernah syu jadi MC (pada pandangan syu la, orang lain tak tahu la pula)..hehe..Tambah lagi, jadi MC majlis-majlis Agama. Alhamdulillah..=)

Segalanya sudah berakhir, happy sangat. Peluang sebegini untuk jadi peserta tadarus susah nak dapat. Seronok sangat kerja kat PSM, macam-macam dapat belajar. Apa-apa pun, terima kasih untuk semua yang terlibat, terutama Ahli AKRAM, KPPK. Dapatla kami telekung seorang satu.
Selesai sudah majlis, maka dengan itu, khatam la kami.

Ni la antara gambar-gambar masa majlis..

...Sewaktu mengacarakan majlis...

...Ustaz Ahmad Shukri menyampaikan ceramahnya...

...Para peserta tadarus al-Quran, KPPK..


...Semasa tadarus alQuran..

...Konon laaa..padahal dah habis khatam time ni..hehe..


Semoga berjumpa lagi..insyaAllah..=)



Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar

Surah al-Isra':9




16 September 2009

MAJLIS KONVOKESYEN KE-37


...Alhamdulillah...


Assalamualaikum semua..selamat bersua kembali..


Emm..kali ni syu nak cerita tentang majlis konvokesyen syu..bulan lepas..dah sebulan pun..Pada tanggal 18 Ogos 2009 yang lalu, syu telah selamat konvo di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jubah yang dipakai pada masa itu adalah berwarna hijau, sebagai lambang Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Semua ahli keluarga syu datang memberi sokongan, thanks to you guys sebab sudi ambil cuti untuk datang ke majlis konvo adik..=)


Alhamdullilah, berkat usaha, doa dan tawakal, syu akhirnya sudah sampai ke separuh fasa dan matlamat hidup syu.


In the name of the Senate and by its authority

it is hereby certified that


SITI NUR SYUHADA BINTI MOHD NORDIN


having fullfilled all the requirements and having passed all the examination as prescribed by the University..this day been admitted to the degree of


Bachelor of Social Sciences With Honours

(HUMAN DEVELOPMENT)

[Distinction]


Syu seronok sangat dan bersyukur kerana dapat keluarga dan teman yang sudi hadir pada konvo syu. Terima kasih banyak-banyak. Saat paling best adalah masa syu naik ke pentas dan berjalan mengambil skroll. Masa tu seolah-olah tak percaya. Bercampur baur perasaan ni.Sedih,gembira,terharu,semua ada..=(


Syu rasa sedih sebab, akhirnya impian syu nak naik pentas ambik hadiah depan ibu ayah, akhirnya tercapai. Lama syu tunggu saat ini. Masa sekolah dulu tak dapat, masa syu dapat pelajar cemerlang, masa tu pulak pihak sekolah tak jadi buat majlis. syedih sgt..Tapi alhamdulillah, syu dapat makbulkan impian syu ni melalui ijazah syu.


Perasaan yang gembira pulak..adalah dapat bergambar sakan..hehe..rezeki syu sangat pilih kedai photo yang cantik dan cool photograpernye..hehe..dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar di blog syu..Thanks to Shamsul Ridzuan kerana memilih kedai yang terbaik untuk hari bahagia syu ni..=)


Bukan tu saja, syu pun bergambar jugak di Putrajaya..hehe..depan office pun ada..depan masjid..pastu pulak, terserempak dengan my coursemate..Masyi, Sha, Cuya, Leha..hehe..seronok sangat..kami bergambar sakan..em, jurugambar pun sporting je tangkapkan gambar..hehe..Kesimpulannya, syu happy sangat pada hari konvo syu. Hubungan kekeluargaan time tu pun best..semua sporting..memang kengan sekali seumur hidup..tak dapat dijual beli..

...Dengan ibu dan ayah...

...With my Sibling...



" Hargailah zaman belajar kita,
agar kita dapat
memberi yang terbaik (kecemerlangan)
untuk kedua ibu ayah kita
Biarlah mereka menangis dengan
melihat kejayaan kita
dan janganlah mereka nangis
kerana melihatb kegagalan kita "


Renung-renungkanlah..Jumpa lagi..insyaAllah..=)

DAPAT KERJA



Salam semua..ketemu lagi..hehe
Em...sihat semua?..kali ni syu nak kongsi cerita mengenai kerja syu..hehe
Alhamdulillah, tanggal 1 Jun 2009 yang lalu, syu lapor diri di
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)

Syu syukur sangat rezeki syu dapat kerja cepat
Memang impian dan 'target' syu untuk dapat kerja sebelum grad
Alhamdulillah..
Syu dilantik dibawah Contract For Service atau dalam bahasa Melayu nya
Skim Perkhidmatan Singkat (SPS)
Syu akan berkhidmat di KPPK ini selama setahun setengah
Selepas tempoh tersebut, insyaAllah kalau ada rezeki dan peruntukan akan disambungkan kontrak tersebut.

Syu terima kerja ni dengan niat syu ingin ambil peluang ni
untuk cari pengalaman dan kemahiran
Syu nak jadi seorang INSAN yang serba boleh
Syu tak nak orang hanya memandang syu dari segi akademik sahaja
Syu nak jadi orang yang cemerlang dari pelbagai sudut atau dimensi
Walaupun taraf kerja ini hanyalah kontrak, tetapi
this is the right time for me
untuk capai matlamat syu

InsyaAllah, still mencari kerja tetap lagi dan akan terus mencari
Biasalah wahai sahabat semua, bukan mudah untuk kita mendapat peluang pekerjaan ketika ini
Nasihat saya pada kawan-kawan,
cari lah kerja, walau apa pun taraf dan kedudukannya
Jika kita mula dari bawah pun, dah alhamdulillah

Kutip segala pengalaman
Kerana, untuk berjaya dalam hidup ini hanyalah melalui pengalaman
Jangan putus asa untuk mencari kerja yeh wahai sahabat-sahabat
InsyaAllah, jika kita mencuba dan terus mencuba
Allah akan beri ganjarannya.
Jumpa lagi...insyaAllah..=)

"Kegagalan adalah awal dari kehormatan; dengan kegagalan manusia belajar; dengan kegagalan manusia bangkit; dengan kegagalan manusia tidak ingin hidupnya Di biarkan Terus dengan kegagalan itu . "

4 PERKARA


Salam..

Terdapat empat (4) perkara yang dilakukan PASTI mendapat empat (4) perkara jua :


  1. Sesiapa yang bersyukur tiada yang dapat menghalangnya dari ditambah rezeki oleh Allah
  2. Sesiapa yang bertaubat tiada yang menghalangnya dari mendapat keampunan
  3. Sesiapa yang beristikarah tiada yang menghalangnya dari mendapat pilihan yang baik
  4. Sesiapa yang bermesyuarat dalam mengambil keputusan tiada yang dapat menghalangnya dari mendapat keputusan yang tepat
InsyaAllah, kita semua akan cuba usaha untuk melakukan
empat (4) perkara ini..


Selamat beramal, jumpa lagi..insyaAllah..=)

15 September 2009

SUKA DAN DUKA

Assalamualaikum semuaa..

Walaupun syu sudah agak terlambat untuk menulis mengenai perkara ini, tapi syu tetap jugak ingin berkongsi dengan semua. Bukan niat ingin berlagak mahupun riak. Hanya ingin berkongsi pengalaman dengan sahabat semua.

Syukur alhamdulillah, setelah dua minggu tamat belajar, selepas selesai sahaja menduduki kertas peperiksaan yang akhir, syu dilamar oleh Dr. Iran Herman, Pensyarah Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia untuk bekerja dengannya. Walaupun hanya sekadar menjadi data enterer, syu bersyukur sangat. Kerana, dengan melalui itulah, syu dapat mengutip segala ilmu, tak kisah lah secara akademik mahupun tidak. Selain itu, dapat la jugak pendapatan untuk memulakan hidup baru,hidup dewasa awal yang perlu menempuh alam pekerjaan sebenar.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Iran Herman kerana memberi peluang ni kepada syu. Terima kasih jugak kepada Ema, Pura dan Madihah kerana sudi menumpangkan syu bermalam di rumah you guys untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Iran.

Selang 2 minggu kemudiannya, syu mendapat panggilan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Kakitangan di KPPK telah menawarkan syu bekerja secara kontrak dengan mereka di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) atau disebut sebagai "Contract For Service" . Syu mendapat panggilan tersebut sekitar jam 1030 pagi. Syu hairan kerana ketika itu, syu agak binggung kerana, tidak silap syu, syu pergi interview adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, tapi yang call syu kementerian lain pula..hehe..

Itulah yang dinamakan rezeki. Gaji yang dibayar KPPK juga melebihi apa yang syu bayangkan, sebab syu memang dah tekad dalam diri syu hendak mula bekerja dari bawah. Walaupun akan ditawarkan sebagai kerani, tidak kisahlah swasta mahupun kerajaan, syu akan terima untuk mengutip segala pengalaman dan kemahiran. Tapi alhamdulillah, berkat doa dan rezeki Allah beri, syu ditawarkan jawatan pegawai di KPPK. Terima kasih diucapkan kepada KPPK kerana beri peluang kepada syu untuk belajar. Dan terima kasih juga kepada Sapura, Emma dan Madihah kerana menghantar resume syu.

Syu juga nak ucapkan tahniah kepada Akma Gorgeous kerana dapat kerja di bawah KPM..hehe..memang rezeki akma dapat job tu..dan terima kasih sekali lagi kepada Akma kerana banyak tolong syu, hantar dan ambik waktu bekerja dan sudi berkongsi dengan segala masalah yang syu hadapi. Jasa akma dan ani untuk menumpangkan syu ketika dalam kesusahan amat syu hargai..=)..

Terlalu banyak kesusahan dan keperitan yang syu alami untuk syu bekerja. Terdetik di hati syu, syu takut dengan rezeki yang Allah beri. Kadang-kadang syu terfikir, "Ya Allah, begitu senang aku dapat kerja ni, tanpa melalui interview, aku takut ya Allah, takut dengan nikmat yang Kau turunkan ini"..Syu percaya pada 2 perkara, pertama, jika kita mudah untuk dapatkan sesuatu perkara, maka ada sesuatu yang Allah ingin uji pada kita. Kedua, sepanjang kita menerima nikmat yang Allah beri itu, akan wujud kesusahan dan kepayahan.

Ya, memang benar semua itu, Allah sedang menguji kekuatan syu. Banyak perkara yang terjadi sepanjang minggu awal syu berkhidmat di KPPK. Tapi syu bersyukur, syu telah jumpa ketenangan syu. Syu bersyukur sangat2 kerana mendapat officemate yang memahami diri syu. Syu berasa tenang dengan kehidupan syu sekarang, kerana tinggal bersama keluarga. Sekurang-kurangnya syu dapat melihat ahli keluarga syu di depan mata syu, terutama kedua ibu ayah syu. Syu seorang yang amat sensitif apabila bercakap mengenai ahli keluarga, ini pun nak meleleh dh..hehe..

Dengan adanya syu di dalam rumah keluarga syu, syu cuba dan sentiasa cuba untuk menjadi anak yang baik. Syu nak balas semua jasa-jasa ibu ayah dan kakak-kakak syu yang banyak membantu syu sepanjang syu belajar. Syu tekad dalam diri untuk cepat kerja dan nak ambil alih segala bebanan keluarga. Syu bantu ikut yang terdaya. mana syu boleh bantu, syu akan cuba. Syu sentiasa idamkan saat-saat begini, iaitu sudah bekerja, dan spend money for my family. Alhamdullillah syu dah dapat, dan sekarang tugas syu untuk puaskan apa yang syu idamkan tu.

Ibu, ayah, ayon, kak ngan, fifi, dirah dan nabila..adik cuba untuk bantu family kita yeh..Masa ni lah adik nak tebus segala kepenatan dan kepayahan korang dulu..=(

Apa-apa pun, syukur kepada Allah kerana memberi petunjuk kepada syu dalam segala hal terutama dalam membuat keputusan. InsyaAllah syu cuba untuk menjadi lebih kuat untuk masa yang akan datang..AMIN..=)

Jumpa lagi..insyaAllah..



BELAJAR SEBAGAI SATU PROSES

Salam pertemuan..Sebenarnya kan kawan-kawan...kita tak perlu terlampau stress apabila berhadapan dengan exam..sebenarnya, kalau kita ikhlas belajar sesuatu subjek tu..kita akan mudah untuk mempelajarinya, memahaminya dan menghafalnya...dan secara tidak langsung, kita mudah untuk menjawab exam..insya-Allah..Segala-gala yang kita buat, pokoknye kita kena ikhlas..=)...Kalau bukan rezeki kita nak dapat keputusan cemerlang, itu bukanlah salah kita 100%...apa yg kita dapat sebenarnya adalah usaha kita dan yang selebihnya adalah milik Allah..ingat pesanan syu ni yeh..ini pun hasil perkongsian ilmu dengan Madihah..thanks madihah..Ape2 pun, biarpun kita tak dapat yang cemerlang, tapi harus diingat, kita telah berjaya harungi proses 'belajar'..dan proses ini lebih bernilai dari kecemerlangan akademik..ya, tak dinafikan keputusan yang cemerlang menggambarkan usaha kita..tapi 'proses belajar' itu sendiri yang telah mematangkan kita dan buat kita menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. Perkara sebegini juga harus dipraktikkan ketika di alam perkerjaan kelak..insyaAllah..fikir-fikirkan lah eh..Hasil pengalaman sewaktu menuntut di Kolej Matrikulasi Perlis dan UKM..

Jumpa lagi..insyaAllah..

"Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan; jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan;
tapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesadaran
."

James Thurber




KELUARGA BAHAGIA


haiii....
salam...
nak tengok my family tak??
semua perempuan taw...
but still have one macho man...
hahahaha....look n see yeh...
Ini lah satu-satunya harta syu dunia dan akhirat
Tak dapat diganti dengan benda lain
Syu doakan agar keluarga ini sentiasa dimurahkan rezeki
dan sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan Allah S.W.T.
AMIN...=)

Jumpa lagi..insyaAllah..

" Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya; hidup di tepi jalan dan dilempari orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. "

Abu Bakar Sibli


SALAM PERKENALAN

Salam..
Syukur alhamdulillah kerana sekian lamanya ingin
mempunyai blog sendiri akhirnya tercapai..
Untuk pengetahuan semua sahabat yang dikasihi, syu ada blog sebelum ini,
tapi dah tak berapa aktif,
memang dah niat dalam hati kalau rezeki dapat kerja,
syu mahukan kehidupan yang lebih sempurna,
ada email, ada facebook, friendster dan blog..
Tujuannya hanya 1..
untuk merapatkan kembali hubungan dengan family dan rakan-rakan
yang dah lama terputus..
Selain itu, dengan adanya blog ini, insyaAllah
syu akan curahkan segala penulisan syu
samada mengenai diri syu, kerja, akademik dan sebagainya..
Harap sahabat-sahabat semua menyokong dan terus menyokong diri syu
AMIN...=)