16 September 2009

MAJLIS KONVOKESYEN KE-37


...Alhamdulillah...


Assalamualaikum semua..selamat bersua kembali..


Emm..kali ni syu nak cerita tentang majlis konvokesyen syu..bulan lepas..dah sebulan pun..Pada tanggal 18 Ogos 2009 yang lalu, syu telah selamat konvo di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jubah yang dipakai pada masa itu adalah berwarna hijau, sebagai lambang Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Semua ahli keluarga syu datang memberi sokongan, thanks to you guys sebab sudi ambil cuti untuk datang ke majlis konvo adik..=)


Alhamdullilah, berkat usaha, doa dan tawakal, syu akhirnya sudah sampai ke separuh fasa dan matlamat hidup syu.


In the name of the Senate and by its authority

it is hereby certified that


SITI NUR SYUHADA BINTI MOHD NORDIN


having fullfilled all the requirements and having passed all the examination as prescribed by the University..this day been admitted to the degree of


Bachelor of Social Sciences With Honours

(HUMAN DEVELOPMENT)

[Distinction]


Syu seronok sangat dan bersyukur kerana dapat keluarga dan teman yang sudi hadir pada konvo syu. Terima kasih banyak-banyak. Saat paling best adalah masa syu naik ke pentas dan berjalan mengambil skroll. Masa tu seolah-olah tak percaya. Bercampur baur perasaan ni.Sedih,gembira,terharu,semua ada..=(


Syu rasa sedih sebab, akhirnya impian syu nak naik pentas ambik hadiah depan ibu ayah, akhirnya tercapai. Lama syu tunggu saat ini. Masa sekolah dulu tak dapat, masa syu dapat pelajar cemerlang, masa tu pulak pihak sekolah tak jadi buat majlis. syedih sgt..Tapi alhamdulillah, syu dapat makbulkan impian syu ni melalui ijazah syu.


Perasaan yang gembira pulak..adalah dapat bergambar sakan..hehe..rezeki syu sangat pilih kedai photo yang cantik dan cool photograpernye..hehe..dan hasilnya adalah seperti gambar-gambar di blog syu..Thanks to Shamsul Ridzuan kerana memilih kedai yang terbaik untuk hari bahagia syu ni..=)


Bukan tu saja, syu pun bergambar jugak di Putrajaya..hehe..depan office pun ada..depan masjid..pastu pulak, terserempak dengan my coursemate..Masyi, Sha, Cuya, Leha..hehe..seronok sangat..kami bergambar sakan..em, jurugambar pun sporting je tangkapkan gambar..hehe..Kesimpulannya, syu happy sangat pada hari konvo syu. Hubungan kekeluargaan time tu pun best..semua sporting..memang kengan sekali seumur hidup..tak dapat dijual beli..

...Dengan ibu dan ayah...

...With my Sibling...



" Hargailah zaman belajar kita,
agar kita dapat
memberi yang terbaik (kecemerlangan)
untuk kedua ibu ayah kita
Biarlah mereka menangis dengan
melihat kejayaan kita
dan janganlah mereka nangis
kerana melihatb kegagalan kita "


Renung-renungkanlah..Jumpa lagi..insyaAllah..=)

No comments:

Post a Comment